Agong perkenan lanjut masa sehari lagi parti gabungan kemuka calon PM

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memperkenan supaya proses bagi ketua parti politik dan gabungan parti politik. membentuk kerajaan baharu, termasuk mencalonkan nama perdana menteri dilanjutkan sehingga 2 petang, esok.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata titah perkenan Agong itu susulan daripada permohonan daripada ketua parti politik dan gabungan politik yang telah diterima pihak Istana Negara, hari ini.

Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal perdana menteri Malaysia ke-10 selesai, katanya dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here