Dadah: Adik presiden Honduras dipenjara seumur hidup di AS

Presiden Honduras Juan Orlando Hernandez menyaksikan adik lelaki-nya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh hakim New York kelmarin atas jenayah pemerdagangan dadah secara besar-besaran selepas perbicaraan yang membabitkan pemimpin negara Amerika Tengah itu.

Tony Hernandez, 42, didapati bersalah pada Oktober 2019 ke atas empat tuduhan termasuk bersubahat dalam  mengimport dadah ke Amerika Syarikat (AS), memiliki mesingan dan membuat kenyataan palsu.

Hakim P. Kevin Castel berkata penjara seumur hidup buat bekas ahli Kongres Honduras itu yang telah menyeludup lebih 185 tan kokain ke AS, sesetengahnya dicop dengan namanya “TH”, adalah “sangat layak baginya.”

Presiden Hernandez walau bagaimanapun, menggambarkan kejadian tersebut sebagai satu skandal, mengecam hukuman itu “melampau” dan menyatakan “menarik bahawa testimoni salah daripada pembunuh didengari dan diambil kira seperti ini,” merujuk kepada sesetengah banduan pembunuh yang diambil sebagai saksi.

Pendakwa raya meminta hukuman penjara seumur hayat, menekankan bahawa Tony Hernandez “tidak menunjukkan kekesalan” dan “pengaruh utama dalam salah satu pemerdagangan dadah yang terbesar dan pa-ling ganas di dunia.”

Pasukan pembelanya telah merayu untuk hukuman mandatori minimum 40 tahun penjara.

Tony Hernandez, yang pernah berkhidmat sebagai ahli Kongres Honduras dari tahun 2014 ke 2018, telah ditahan di lapangan terbang Miami pada November 2018.

Keluarganya di Honduras juga menegaskan dia “tidak bersalah” pada petang kelmarin, dan menyatakan dia akan membuat rayuan, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak presiden Honduras.

Dalam perbicaraan itu, pendakwa raya AS menyata-kan Presiden Hernandez juga merupakan rakan subahat dalam jenayah adiknya, sungguhpun tidak didakwa secara rasmi oleh sistem pengadilan AS.

Peguam negara berkata presiden itu menerima rasuah berjuta-juta dolar daripada ketua sindiket dadah termasuk yang kini sudah dipenjara, orang kuat kelahiran Mexico Joaquin “El Chapo” Guzman.

Presiden Hernandez telah berulang kali menafikan penglibatannya dalam pe-merdagangan dadah.

Merupakan seorang pe-guam yang mengambil alih jawatan pada Januari 2014 dan kini dalam penggal ke-duanya, Hernandez menggambarkan dirinya sebagai juara dalam memerangi dadah.

Semasa perbicaraan adik-nya pihak kerajaan AS berjaya untuk membuktikan bahawa Tony Hernandez merupakan seorang pedagang dadah dalam skala besar yang bekerjasama sejak 2004 sehingga 2016 dengan yang lain di Colombia, Honduras dan Mexico untuk membawa masuk kokain ke AS melalui kapal terbang, bot dan kapal selam.  

Hernandez meraih berjuta-juta dolar daripada pemerdagangan itu dan menggunakannya untuk mempengaruhi tiga pemili-han presiden, menurut pe-guam negara AS.

Dakwaan itu juga me-nyatakan Hernandez terlibat dengan sekurang-kurangnya dua kes pembunuhan pesaing dalam perniagaan pada 2011 dan 2013.

Peguam bela telah gagal mempersoalkan kredibiliti saksi, kebanyakan mereka merupakan bekas pedagang dadah, sebahagian daripada mereka telah disabit atas kesalahan membunuh.

Awal bulan ini, seorang juri New York mengesah-kan Geovanny Fuentes Ramirez, rakan subahat Presiden Hernandez, bersalah ke atas pemerdaga-ngan dadah.

Dalam perbicaraannya, pendakwa raya AS menyata-kan pemimpin Honduras itu telah membantu Fuentes menyeludup masuk beberapa tan kokain ke AS, suatu kenyataan yang digambarkan presiden itu sebagai “penipuan terang-terangan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here