Bekas putera mahkota Jordan ditahan

Bekas putera mahkota Jordan menyatakan kelmarin beliau kini berada dalam tahanan di rumah, namun menafikan terlibat dalam sebarang konspirasi terhadap abang tirinya Raja Abdullah II di sebalik kritikan tajamnya mengenai rasuah berleluasa dalam kerajaan.

Dalam rakaman video yang dihantar kepada BBC, Putera Hamzah bin Hussein menyatakan ketua kakitangan tentera telah mengunjungi beliau pada awal hari tersebut bagi memaklumkan: “Saya tidak dibenarkan keluar, berhubung dengan orang lain atau menemui mereka.”

Beliau menyatakan beberapa rakan-rakannya telah ditangkap, kawalan keselamatannya ditarik balik manakala sambungan Internet serta telefon telah diputuskan.

Namun putera itu menegaskan beliau sama sekali tidak terlibat dalam mana-mana konspirasi dan tidak bertanggungjawab bagi keadaan masalah dalam pentadbiran, kegiatan rasuah serta kepincangan struktur pentadbiran sejak 15 hingga 20 tahun lalu yang kini menjadi semakin teruk.

BBC menyatakan ia telah menerima video daripada peguam Hamzah, ketika muncul berita bahawa seorang bekas pembantu kanan diraja Jordan adalah antara beberapa suspek yang ditangkap kelmarin.

Pihak tentera menyatakan ia telah memberikan amaran kepada Hamzah tentang tindakannya yang boleh menjejaskan keselamatan negara, namun menafikan  beliau telah diberkas.

Pengarah Ketua-Ketua Staf Bersama Mejar Jeneral Yousef Huneiti juga menafikan laporan media bahawa Hamzah telah ditangkap.

“Saya bukan sebahagian daripada mana-mana konspirasi atau organisasi jahat,” Hamzah menyelar balas dalam video itu.

Beliau mengekalkan bahawa rakyat tidak lagi dibenarkan mengkritik pihak berkuasa atau menyuarakan pendapat tanpa dibuli, dikasari atau diancam.

Beliau menuduh sistem pemerintahan sebagai mempercayai bahawa kepentingan peribadi dan kewangan lebih penting berbanding nyawa dan maruah serta masa depan 10 juta penduduknya.

“Malangnya negara ini telah menjadi terhalang dalam korupsi, nepostisme, dan dalam pentadbiran yang salah serta keputusan yang memusnah dan merosakkan masa depan.”

Hamzah merupakan putera sulung Almarhum Raja Hussein dan isterinya dari Amerika Syarikat Ratu Noor.

Beliau mempunyai hubungan baik secara rasmi dengan Abdullah sebagai adik tirinya dan seorang tokoh terkenal yang rapat dengan para ketua puak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here