SRC International: Najib mulakan rayuan

Kes rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd akan didengar di Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Kes dijangka bermula sekitar jam 9.40 pagi berikutan kelewatan oleh peguam yang mengetahui pembelaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang terpaksa berpatah balik untuk mendapatkan dokumen kes.

Peguam, Tan Sri Shafie Abdullah hadir ke mahkamah bagi mendengar rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd membabitkan perbicaraan anak guamnya, Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 05 APRIL 2021.

Rayuan bekas Perdana Menteri itu yang sepatutnya didengar pada 15 Februari lalu diganti dengan tarikh baharu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan baru-baru ini.

Pihak media tempatan juga antarabangsa juga awal pagi sudah memenuhi perkarangan Istana Kehakiman di sini namun hanya yang telah berdaftar menggunakan kad penerangan media pada minggu lepas sahaja dibenarkan masuk dengan hanya tiga orang mewakili setiap satu agensi.

Para media yang diberikan kebenaran untuk membuat liputan kes itu ditempatkan di bilik persidangan Istana Kehakiman dan prosiding dari Mahkamah Rayuan 3 akan dipancarkan menggunakan kaedah video terus ke bilik tersebut.

Manakala panel hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan, Najib serta beberapa kakitangan mahkamah dibenarkan berada di dewan mahkamah.

Keadaan juga agak terkawal dan tidak berlaku kesesakan memandangan jumlah kehadiran telah ditentukan minggu lepas lagi berikutan pematuhan garis panduan pandemik Covid-19.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berpakaian kot berwarna coklat kelihatan tenang tiba sekitar jam 8.55 pagi dan senyum kepada wakil media.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here