Graduan menganggur: Peluang kerja pun tiada, bagaimana mahu salahkan Universiti?

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berpendapat adalah tidak wajar mengaitkan graduan yang tidak dapat menempatkan diri dalam pasaran pekerjaan dengan menyalahkan ‘kualiti’ dihasilkan sesebuah Universiti.

Beliau berkata, adalah tidak adil menyalahkan institusi-institusi pendidikan di atas kelemahan ekonomi dalam menyediakan ruang pekerjaan yang lebih luas.

Menurutnya, isu pengangguran graduan lepasan Universiti amat mengesankan kerana hanya 27 peratus sahaja peluang kerja yang dikhaskan untuk graduan dalam sektor pekerjaan berkemahiran tinggi.

 “Kalau nak pastikan ada gandingan dan sinergi yang dimahukan oleh pasaran syarikat industri, kenapa tak ada sektor yang berinovatif yang dibangunkan secara menyeluruh dari dekad sebelum ini?

“Kerja berkemahiran tinggi pun tak ada, nak salahkan Universiti macam mana?

“Saya terima Universiti kena ada kokurilumnya untuk memenuhi Revolusi Industri 4.0, (tapi) nak tak nak kena mula dari sekarang,” katanya dalam satu Dialog Tiga Penjuru yang membincangkan tengang dilema graduan: Ilmu tinggi, tiada kerja.

Februari lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mencatatkan peningkatan pengangguran di Malaysia kepada 772,900 orang pada kadar 4.8 peratus pada Disember 2020.

Sementara itu Nurul Izzah berkata, gandingan atau sinergi yang efektif antara kilang penghasil modal insan dengan industri itu tidak wujud, maka lahirlah kelompok anak muda yang berkelulusan tetapi tidak bekerja.

Tambahnya, apabila tawaran pekerjaan juga tiada, meletakkan kesalahan kepada Universiti adalah tidak wajar.

“Bila tawaran pekerjaan pun tak ada, bagaimana kita nak salahkan hanya Universiti.

“Kedua, kurangnya percambahan dari segi sektor. Ekonomi negara kita skopnya agak terhad. Kita tak boleh hanya salahkan Universiti tak buat sebaik mungkin. Gandingn itu harus wujud,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here