30,000 Pekerja Asing Diperlukan – Dato Sri M. Saravanan

Timbalan Presiden MIC Datuk Sri M.Saravanan, memberitahu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pada waktu ini 30,000 pekerja asing diperlukan untuk berkhidmat di sektor pekerjaan tradisional India di negara ini.

Kedai gunting rambut, tekstil dan kedai emas menjadi sektor yang paling utama antara sektor sektor tersebut. Beliau menjelaskan untuk keperluan itu pengusaha-pengusaha dalam bidang – bidang tersebut sudah lama mengalami kesengsaraan. Saravanan berkata oleh kerana kekurangan pekerja dalam bidang-bidang tersebut pengusaha kedai berkenaan mengalami kerugian yang tak dapat dikira.

Makin lama makin teruk kerugian mereka. Jadi kerajaan harus mempercepatkan kelulusan dokumentasi untuk membawa pekerja asing yang diperlukan itu. Mereka tak ada daya untuk berniaga lagi. Keadaan mereka amat teruk. Kerugian yang dialami pun amat dahsyat. Beliau menegaskan kepada Perdana menteri, kerajaan harus mengambil tindakan yang wajar secepat mungkin.

Beliau juga mengimbas kembali suatu peristiwa lama kepada perdana menteri yang berlaku pada tahun 1997. Pada ketika itu Anwar menyandar jawatan sebagai ketua pasukan khas untuk menangani hal ehwal pekerja asing di kabinet. Pada masa itu pengusaha-pengusaha restoran India di negara kita menghadapi kekurangan pekerja.

Semasa itu, Presiden MIC Tun DR S. Samivelu bertemu dengan Anwar dan memintanya untuk membenarkan 25 ribu warga asing bagi menyumbang kepada sektor sektor yang merungut dalam kesusahan untuk menjalankan perniagaan mereka. Anwar pun berjanji kepada Tun Samyvelu untuk menyelesaikan perkara tu dan menunaikan perjanjiannya dengan mengambil tindakan yang sewajar dengan mendapatkan kebenaran untuk membawa 25,000 pekerja asing dari Perdana menteri pada ketika itu Tun Mahathir Muhammad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here