Balai Polis Siniawan dinaik taraf

Projek naik taraf Balai Polis Siniawan di sini dijangka siap menjelang Mei tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh telah menyaksikan penyerahan projek menaik taraf Balai Polis Pekan Siniawan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bau kepada pihak kontraktor bertempat di pekarangan Balai Polis Siniawan pada Isnin.

Projek naik taraf bagi Program Transformasi Luar bandar (RTP) bernilai RM500,000 itu telah bermula pada Disember 2019 dan dijangka siap pada Mei 2021.

Menurut Miro, dengan siapnya projek itu kelak, ia akan memberi keselesaan kepada anggota polis di balai berkenaan memandangkan bangunan tersebut sudah berusia 50 tahun dan dalam keadaan usang.

Turut hadir pada program itu, Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon dan Jurutera Daerah JKR Bau, Sandra Jujane.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here