Hina Raja Permaisuri Agong : Aktivis Ditahan

Polis menahan aktivis Fahmi Reza berikutan hantaran yang dibuatnya di media sosial melibatkan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan aktivis itu petang semalam.

“Dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan siasatan kes ini diserahkan kepada pihak Bukit Aman untuk menjalankan siasatan,” katanya ringkas semalam.

Baru-Baru ini, Fahmi didakwa telah memuat naik hantaran bertajuk ‘This is dengki ke?’ di laman Facebooknya yang didakwa menghina Tunku Azizah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here