Chelsea tewaskan West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris

Chelsea meningkatkan peluang untuk mengesahkan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan apabila gol Timo Werner memastikan kemenangan 1-0 ke atas West Ham United sementara Liverpool bolos gol penyamaan saat akhir ketika seri 1-1 dengan Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

Selepas satu minggu diselubungi dengan harapan enam pasukan terbesar England dijamin kelayakan ke kejohanan elit Eropah  menerusi kejohanan kontroversi Liga Super Eropah (ESL), Chelsea dan Liverpool mengalihkan perhatian mereka untuk memburu slot empat teratas liga untuk kelayakan ke Liga Juara-Juara, kejohanan elit kelab di Eropah ketika ini.

Manchester City, Manchester United, Arsenal dan Tottenham adalah kelab lain yang terlibat dalam cadangan penubuhan ESL, yang gagal dilaksanakan dalam masa 48 selepas pengumuman pelancarannya selepas kritikan dari kerajaan, beberapa badan  induk bola sepak, pemain dan juga penyokong.

Chelsea kini mengukuhkan kedudukan di tangga keempat dengan gol kedua liga dari 22 perlawanan buat Werner dan kini memiliki kelebihan tiga mata berbanding West Ham yang berada di tangga kelima.

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, menyalahkan gangguan terhadap tunjuk perasaan di luar Stamford Bridge pada malam cadangan ESL gagal kerana keputusan seri tanpa jaringan dengan Brighton pada Selasa.

Beliau melakukan enam pertukaran ke dalam skuad dengan satu perhatian kepada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Real Madrid pada Selasa ini.

Bagaimanapun, kekuatan dalaman skuad Chelsea jelas kelihatan berbanding skuad West Ham yang beraksi tanpa bintang utama seperti Michail Antonio, Declan Rice dan Aaron Cresswell.

“Kami tidak berkata sepatah perkataan tentang Liga Super dari hari Selasa,” kata Tuchel. “Saya merasakan semua orang sangat fokus dan memberikan sepenuh perhatian kepada perlawanan ini.”

Keputusannya mungkin berbeza jika pemain pertahanan yang juga kapten Chelsea, Cesar Azpilicueta tidak terselamat dari dakwaan bola terkena tangan dalam kotak penalti beliau sendiri ketika menghadang satu cubaan pada pertengahan separuh masa pertama.

Werner gagal menyerlah dari nilai perpindahan beliau sebanyak 50  juta pound dari RB Leipzig pada musim panas tahun lepas.

Tetapi penyerang antarabangsa Jerman itu menamatkan kemarau gol selama dua bulan dengan penyudah kemas dari hantaran lintang Ben Chilwell, dua minit sebelum rehat.

Selepas rehat, Werner bagaimanapun masih menunjukkan kekurangan keyakinan beliau di hadapan pintu gol yang menyelubungi musimnya setakat ini apabila gagal merembat bola muntah selepas penjaga gol West Ham, Lukasz Fabianski menepis satu rembatan jarak jauh Mason Mount.

Penyerang West Ham, Jesse Lingard, hampir mengikat kedudukan untuk pasukan tuan rumah tetapi rembatan lambung beliau sedikit tersasar.

Tetapi harapan West Ham untuk mencari gol penyamaan berakhir 10 minit sebelum tamat permainan apabila Fabian Balbuena dibuang padang selepas kekasaran ke atas Chilwell.

Liverpool kini kurang empat mata di belakang Chelsea selepas mensia-siakan pendahuluan 1-0 apabila bolos gol penyamaan pada minit kecederaan, menyebabkan pengurusnya, Jurgen Klopp berkata bahawa mereka tidak selayaknya satu tempat dalam Liga Juara-Juara.

Mohamed Salah membuka jaringan seawal minit ketiga  tetapi Liverpool mensia-siakan banyak peluang untuk menambah jaringan.

Liverpool gagal hampir diikat lebih awal apabila gol Callum Wilson tidak dibenarkan pengadil selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) sebelum Joe Willock menjaringkan gol penyamaan untuk satu mata penting dalam usaha Newcastle mengelak penyingkiran musim ini.

“Jika kamu layak, maka kamu sudah pasti layak,” kata Klopp.

“Saya tidak melihat kami bermain seperti kami layak ke Liga Juara-Juara  musim hadapan. Kami mempunyai lima lagi perlawanan dan kita akan lihat nanti.”

Keputusan seri itu meletakkan Newcastle kini sembilan mata di atas zon penyingkiran.

Pada perlawanan lain, Brighton juga tidak memberikan kelebihan kepada diri mereka sendiri dalam saingan mengelak penyingkiran apabila tewas 0-1 kepada pasukan yang sudah mengesahkan penyingkiran musim ini, Sheffield United dan kini memiliki kelebihan tujuh mata di atas zon penyingkiran. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here