Landasan kereta api runtuh di Mexico, 13 maut, 70 cedera

Se-kurang-kurangnya 13 orang maut dan puluhan yang lain cedera dalam kejadian landasan kereta api runtuh di selatan Kota Mexico kelmarin, kata pihak berkuasa.

Rakaman kamera kese-lamatan yang disiarkan oleh media tempatan menunjukkan gerabak terhumban ke tanah di selatan bandar itu.

“Setakat ini, kiraan awal mengesahkan 13 orang kehilangan nyawa mereka dan 70 yang lain cedera,” ciap jabatan pertahanan awam bandar tersebut di Twitter.

Setiausaha kerajaan Kota Mexico Alfonso Suarez del Real berkata, anggota bomba dan penyelamat sedang menjalankan misi untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here