Menyamar sebagai Bekas ‘ACP’ Semasa Mohon Rentas Negeri Ditahan

Seorang lelaki warga emas ditahan selepas didapati menyamar sebagai bekas pegawai kanan polis berpangkat ACP bergelar ‘Datuk’ ketika membuat permohonan rentas negeri di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata lelaki berusia 65 tahun itu hadir ke balai polis pada Jumaat untuk mendapatkan kelulusan rentas negeri.

Bagi mengukuhkan dakwaannya lelaki itu menunjukkan gambar dirinya berpakaian uniform lengkap polis pada skrin telefon bimbit tanpa memberi sebarang bukti identiti pegawai kanan polis ketika membuat permohonan.

“Apabila diminta mengemukakan dokumen yang membuktikan dia pegawai kanan polis, lelaki terbabit gagal berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu lelaki berkenaan ditahan pada pukul 9.00 malam tadi kerana gagal mempamerkan sebarang kad identiti atau kad kuasa serta menyamar, dan dia direman sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here