Lelaki dipercayai penjawat awam umumkan sokong I5R43L secara terbuka

Di kala Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap Palestin yang dizalimi oleh Israel, seorang lelaki yang dipercayai penjawat awam memuat naik video dengan mengatakan dirinya menyokong Israel, mengundang kemarahan netizen.

Video berdurasi satu minit itu menunjukkan, lelaki yang menggunakan nama Pahlawan90 di Tik Tok secara terbuka dan jelas mengatakan dirinya menyokong Israel kerana suka pada kezaliman yang ditonjolkan puak zionis berkenaan.

“Bersama Israel! Hidup Israel! Tahu tak kenapa (aku) sokong Israel? Sebab memang aku suka Israel. Israel punya jahat, aku suka.

“Dia punya jahat, dia punya pemberontakan aku suka. Aku tak suka tamadun, aku suka pecahkan ketamadunan, suka pecahkan sifat keperimanusiaan. Jadi kejam, aku suka.

“Yesss aku suka hidup dengan suasana yang kejam, aku suka wujudkan peperangan sebab itu aku suka Israel. Kan? Ramai lagi yang suka Israel. Angkat tangan sikit siapa suka Israel. Yay kita geng! Hidup Israel! Betul tak?

“Buat apa hidup baik-baik? Kita berperang, aku suka. Jangan cakap dengan Islam, jangan cakap dengan Yahudi, jangan cakap dengan agama lain. Dengan Israel sendiri pun aku suka bergaduh. Yes, itulah sifat aku. Aku suka bergaduh dengan Israel.

“Aku suka bergaduh, aku tak suka hidup secara aman. Aku tak suka, aku tak suka ketenangan. Aku suka peperangan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here