Adun Jeram nak satu ringgit

Sesiapa ada simpan duit kertas RM1 tak?

Cuba tengok pada helaian wang tersebut, ada tak tanda tangan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang keenam iaitu Tan Sri Dr Ali Abul Hassan Sulaiman? Kalau ada, korang memang beruntung sebab ada yang menawarkan wang tunai sehingga RM3,000 untuk membelinya.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram, Mohd Shaid Rosli ada menyatakan tawaran untuk membeli wang RM1 tersebut dengan harga RM1,000

Tambahnya lagi,  kalau keadaan wang tersebut berada dalam keadaan elok seperti dalam gambar, wang akan digandakan kepada RM2,000 sehinggalah RM3,000.

“Cuba Tengok Kertas RM1 Yang Ada Kat Anda. Kalau Ada Yang Tanda Tangan Yang Sama Macam Gambar Di Bawah, Saya Beli Dengan Harga RM 1000

“Kalau Keadaan Cantik, Saya Beli Dengan Harga RM 2000.

Kalau Lagi Cantik Macam Gambar Di Bawah, Saya Beli Dengan Harga RM 3000.

PM Ye Kalau Ada. Tq.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here