Harga petrol, diesel kekal

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan mengumumkan harga bagi petrol dan diesel kekal. RON95 dan RON97 kekal pada harga RM2.05 serta RM2.67 seliter, manakala diesel kekal pada RM2.15 seliter. Kadar itu berkuatkuasa bermula tengah malam ini hingga 30 Jun.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah sesuai untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat berterusan.

“Untuk melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran untuk RON95 dan diesel meningkat melebihi harga siling semasa, ” katanya dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here