Hantam cermin kereta dengan topi keledar, lelaki ditahan

Kuala Lumpur, Jun-
Polis menahan seorang penunggang motosikal yang bertindak memukul cermin sebuah kereta dengan menggunakan topi keledar di Jalan Sungai Pinang, George Town kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Razlam Ab Hamid berkata pihaknya mengesan klip video yang tular berhubung kejadian itu yang berlaku kira-kira 2.50 petang akibat perselisihan faham antara pengadu dengan seorang pengguna jalan raya yang lain.

“Suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan telah bertindak mengekori kereta pengadu dan memukul cerminnya menggunakan topi keledar.

“Pengadu telah membuat laporan polis berkaitan kejadian pada hari yang sama,” katanya. Menurutnya, suspek telah ditahan reman selama empat hari sehingga 12 Jun bagi membantu siasatan .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here