Putrajaya diminta campur tangan dalam kes pekerja yang tidak bergaji, dihentikan secara tidak adil

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendesak campur tangan kerajaan dalam kes gaji tidak dibayar atau pekerja diberhentikan secara tidak adil oleh syarikat. Setiausaha Agungnya, Kamarul Baharin Mansor berkata, kerajaan perlu lebih peka dan sensitif terhadap sebarang perubahan dasar atau amalan syarikat dalam keadaan luar biasa serta tidak dijangka ini.

Kerajaan perlu membantu mengekalkan pekerjaan dengan memberi pelbagai insentif kepada majikan dan pekerja, katanya dalam kenyataan. Beliau memberi contoh kes pekerja Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI) yang tidak dibayar gaji selama tiga bulan di Sipitang, Sabah menyebabkan mereka terpaksa mengibarkan bendera putih semalam untuk mendapat perhatian kerajaan.

MTUC mengutuk langkah pengurusan membiarkan pekerja tanpa gaji selama tiga bulan dan tiada inisiatif untuk menyelesaikannya. Kerajaan wajar dan wajib masuk campur dan menggunakan semua kaedah untuk menyelesaikan isu ini. Sekiranya syarikat tidak mampu membayar gaji katanya, pekerja sepatutnya dibenarkan duduk di rumah tetapi kini merka terbeban pula dengan kos pengangkutan ke tempat kerja. Beliau berkata, kes membabitkan SFI hanya satu daripada banyak kes membabitkan pekerja di luar bandar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here