Sungkai , Julai 6-
Sudah satu tahun setengah negara ini diancam COVID-19 yang terus ‘menakluki’ kehidupan masyarakat India yang kurang berada di Sungkai, Perak.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pelbagai fasa dilaksanakan bertujuan menangani penularan pandemik, tetapi perjuangan kita masih belum selesai.
Pandemik ini sebaliknya, merungkai kehidupan M Pancharvanam (65) yang menyara keluarga dengan wang Socso yang diperolehi sebanyak RM 500 sebulan di Taman Bakthi di sini .
Anak Panchavarnam yang bekerja sebagai pemandu lori hilang pekerjaan sejak setahun akibat Perintah Kawalan Pergerakan ini. Manakala menantu Panchavarnam pula meninggal dunia tiga tahun dahulu.
Dari segi pendidikan, keempat-empat cucu turut ketinggalan kerana tidak mampu membeli peranti untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
“ Saya tidak larat lagi menjaga anak serta menguruskan rumah dengan bebanan keluarga” kata Panchavarnam dengan suara yang tenat.
Beliau juga bimbang dengan pendidikan cucu-cucu terabai dalam situasi sebegini. Mereka mampu bertahan setakat ini dan boleh berdikari tanpa bantuan kerajaan. Panchavarnam juga berkata bahawa tiada sesiapa menghulurkan bantuan setakat ini.
Pelajaran cucu-cucu tergendala dan tidak dapat memenuhi keperluan mereka seperti makanan dan sebagainya.Lebih parah lagi, jika kesempitan wang mereka ini tidak berakhir cucu-cucu dibesarkan tanpa cara lain selain duduk di depan kaca televisyen.
R Shanti
Seorang lagi ibu yang bekerja di Hospital Slim River sebagai pembantu pembersih mengalami tekanan kewangan. Sementara suaminya hanya bekerja satu atau dua hari dalam seminggu sebagai penoreh kelapa sawit.
Shanti yang beranak lima masih belajar tidak tahu mengendali situasi seperti sudah basah kehujanan pada pandemik ini.
Dari segi pendapatan bulanan, pendidikan, kehabisan stok makanan dihambat sepenuhnya oleh kemiskinan. Jadi bagaimanakah kerajaan dan pihak berkuasa menawarkan bantuan bagi golongan terkesan ?
Sejak virus ini menular, masyarakat menyaksikan beberapa siri atau insiden berkait rapat dengan kedudukan dan ada juga khabar angin bantuan dan food bank dihujani oleh pengamal sosial tetapi kami langsung tidak mendapat sebarang bantuan setakat ini.
Shanthi yang menaiki motosikal dari Sungkai ke Slim River bertungkus lumus kejar rumah untuk menguruskan rumah. Dalam kesuntukan masa sukar bagi mencari jalan penyelesaian bagi keperitan hidup.
S Amutha
S Amutha yang juga seorang suri rumah menguruskan keluarga dalam kesempitan dengan beberapa ahli keluarga yang kurang upaya dan uzur termasuk suami.
Kedua-dua kaki ibunya diamputasi menyebabkannya tidak boleh berjalan. Sebelum ini, ayah Amutha yang membantu menyara keluarga dengan menoreh getah bagi upah RM10 atau RM 20 walaupun kesihatan agak kurang memuaskan. Dengan upah itu, dia membelikan barang keperluan harian seperti sayur-sayuran. Ibarat luka disirami garam, baru-baru ini beliau juga tidak dapat bekerja kerana mengalami kemalangan.
Tiga daripada lima orang anak masih mengikuti PdPR kadang kala dengan berkongsi peranti dan ada yang langsung tidak memiliki handphone untuk mengakses kelas online. Kami menguruskan keluarga dengan bantuan kebajikan sebanyak RM450 bagi suami dan RM400 untuk anak-anak yang disalurkan oleh kebajikan.
Selain itu, perbelenjaan perubatan ibu, kos perjalanan juga agak tinggi. Lebih-lebih lagi bil air serta bil elektrik masih tertunggak bagi beberapa bulan untuk dilunaskan. Kehabisan stok makanan serta terpaksa berlapar beberapa hari sudah cukup menjadi bukti bagaimana pandemik ini menyeksa golongan tidak seberapa.
“Kami tidak tahu apa yang perlu dibuat. Saya tidak mendapat kerja walaupun puas dicari. Jiran persekitaran yang mengetahui keadaan kami, gereja dari Ipoh membantu dengan menyumbangkan bahan makanan untuk RM 100 setiap sebulan. Selain daripada itu, kami tidak mendapat bantuan lain.” Kata Amutha.
Ketenatan kewangan yang dihadapi oleh segelintir masyarakat India di Sungkai jelas sekali digambarkan.
Namun, keadaan ekonomi tenat dalam isi rumah golongan terkesan menyebabkan ada antara mereka mengambil langkah terburu-buru dengan mencuri, merompak dan paling menyedihkan adalah membunuh diri.
Berkongsi situasi dengan orang-orang, mereka mengatakan bahawa orang ramai, aktivis sosial, gereja dan pemimpin politik yang mengaku memberikan bantua.
Baru-baru ini, rakyat teruja dengan kempen kibarkan bendera putih. Kain putih mudah didapati di rumah dan tindakan segera boleh diarahkan untuk membantu mereka mengalami kesempitan kewangan atau makanan.
Setakat ini, kempen kibarkan bendera putih boleh dikatakan berjaya dengan menggunakan tanda pagar #kitatolongkita dan #rakyatjagarakyat.
Sekiranya gelombang ini diteruskan dan skopnya diperluaskan seperti memberi peluang pekerjaan, menjamin pendidikan dan sokongan kesihatan mental, ia berupaya mengubah realiti kehidupan serta kategori sosial masyarakat.
Sumber ekonomi adalah pemberian Pencipta yang harus dikongsi bersama-sama secara adil kepada semua rakyat, tanpa diracuni sistem sosioekonomi buatan manusia.