SETAHUN MENGGANGGUR LELAKI MENINGGAL DUNIA

Johor Bahru, Julai 12-

Seorang lelaki meninggal dunia selepas menggantung diri di ruang tamu rumah di Taman Molek, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, mangsa yang berusia 44 tahun itu ditemukan tidak bernyawa oleh anak saudara angkat di ruang tamu rumah itu, pada 10.07 pagi.

Katanya, mangsa yang masih bujang tinggal bersama keluarga anak saudara angkat di rumah berkenaan lebih kurang 20 tahun.

“Hasil siasatan mendapati tiada kesan kecederaan lain pada anggota badan mangsa.

“Mangsa menganggur dan mengalami tekanan disebabkan kehilangan sumber pendapatan lebih kurang setahun sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mangsa tidak meninggalkan apa-apa nota berkaitan tindakannya menggantung diri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, untuk proses bedah siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here