RODZI DILANTIK KETUA PENGARAH MKN BAHARU

Petaling jaya, Julai 15-

Rodzi Md Saad dilantik sebagai ketua pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang baharu.

Perlantikan Rodzi sebagai ketua pengarah secara rasmi itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali berkuat kuasa 15 Julai.

“Rodzi 57 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Demografi dan Kajian Kependudukan (Kepujian) dari Universiti Malaya. Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun dan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan dan pengurusan bencana. Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai timbalan ketua pengarah (keselamatan) MKN.

“Dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh Rodzi, saya yakin beliau mampu menerajui MKN dalam meneruskan legasi kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan keselamatan dan bencana di Malaysia terutamanya menangani pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Rodzi sebelum ini mengalas tugas sebagai pemangku ketua pengarah MKN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here