SUSPEK MENGAKU TINDAKANNYA GURAUAN SEMATA-MATA.

Seremban, Julai 15-

Pasangan suami isteri yang mencetuskan suasana panik dengan merakam tindakan mereka bersama seorang kanak-kanak ‘meminum’ racun, mengaku bahawa tindakannya gurauan semata-mata dan memberi kesedaran kepada masyarakat.  

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata siasatan awal mendapati, suspek mengaku tindakannya itu gurauan semata-mata dan cecair yang diminum bukan racun sebelum  ditahan polis di Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

 “Klip video itu mendapat 252 respon, 93 maklum balas, 246 perkongsian dan 6.3 ribu penonton sejak tular di media sosial dua hari lalu.

“Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, kerana mendedahkan kanak-kanak kepada kemungkinan kecederaan fizikal dan emosi.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988 (Akta 588) kerana menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan berhubung klip video dengan tajuk ‘Please do not call me until finish watching’ berdurasi 16 minit tiga saat.

Abd Jalil berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here