Remaja Hilang Ditemui Selamat

Kuala Lumpur, Sep 18.
Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang ditemukan selamat di rumah rakannya di Semenyih, Selangor, semalam.

Remaja perempuan itu dilaporksn hilang sejak Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, budak perempuan berusia 15 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang oleh ibu rakannya itu kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam selepas menyedari kes kehilangan berkenaan melalui media sosial.

Wanita berusia 48 tahun itu telah melihat hantaran di Facebook berkaitan kehilangan remaja tersebut yang sepanjang kejadian itu menumpang di rumahnya di Semenyih, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati remaja berkenaan melarikan diri dari rumah disebabkan perselisihan faham dengan keluarga. Rabu lalu, remaja terbabit disedari hilang selepas ibunya mendapati dia tidak pulang dari sekolah dan kemudian membuat laporan polis di IPD Kajang, pada hari yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here