Setapak, Sept 1-
Seorang wanita maut dilokasi kejadian selepas merempuh sebuah lori di Jalan Pahang di ibunegara pagi tadi.

Kejadian berlaku kira kira jam 10 pagi tadi ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Genting Klang.

Mangsa dikenali sebagai Asni Sukar dikatakan memasuki laluan U turn ke Genting Klang namun gagal membrek motosikalnya lalu merempuh belakang lori yang sedang berjalan arah yang sama.

Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dikepala dan badan.
Mayat mangsa dihantar ke HKL untuk dibedah siasat. Polis turut mengambil keterangan pemandu lori terbabit untuk siasatan lanjut.





















