‘SUDAH TIBA MASA UNTUK TURUN JALAN’ – NGO

Petaling Jaya, Jul 21-

Badan bukan kerajaan (NGO), Sekretariat Solidariti Rakyat mengajak orang ramai menyertai bantahan pada 31 Julai ini bagi menolak kerajaan yang didakwa tidak mempunyai kelayakan memimpin.

“Kami mengajak semua untuk turun ke jalan pada masa dan tempat yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Ia mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai kredibiliti untuk menggalas amanah mengemudi negara keluar daripada pandemik Covid-19 serta kesannya terhadap ekonomi, kehidupan dan kesihatan rakyat.

“Sudah tiba masanya rakyat mempunyai pemimpin yang sedar diri, bertanggungjawab dan rendah hati dalam memahami denyut nadi rakyat.

“Kita tidak perlukan pemimpin yang sentiasa memperlekeh derita rakyat dan membuat keputusan tidak menguntungkan rakyat terbanyak.

“Tuntutan kami supaya Perdana Menteri dan seluruh Kabinet beliau berundur, sidang Parlimen diadakan sepenuhnya dan moratorium automatik untuk semua.”

Sabtu lalu, Sekretariat Solidariti Rakyat bersama Himpunan #Undi18Now berkumpul di Dataran Merdeka untuk mendesak Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berundur segera atas kegagalan kerajaan membendung pandemik Covid-19.

Seramai 20 individu berkumpul dan mengibarkan bendera hitam, selain membawa sepanduk serta lima patung menyerupai jenazah yang dikafankan.

Susulan itu, tiga aktivis dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana menyertai bantahan antikerajaan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here