PM MEMBENTANGKAN PPN PADA SIDANG KHAS PARLIMEN 12 TENGAH HARI TADI

Kuala Lumpur, Jul 26-

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat yang dijadual bermula pukul 10 pagi, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, persidangan selama lima hari itu juga akan menyaksikan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba memberi penerangan mengenai tindakan menangani pandemik Covid-19.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dijadual menerangkan berkenaan program vaksinasi.

Sementara itu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz akan menerangkan mengenai pakej bantuan ekonomi manakala Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob merangkap Menteri Pertahanan dijadual memberi penerangan mengenai pelaksanaan darurat pada akhir mesyuarat kelak.

Sebanyak 12 dokumen merangkumi tiga Proklamasi Darurat dan sembilan Ordinan Darurat diletak di atas meja Ahli Parlimen.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 berlangsung selama lima hari, mulai hari ini sehingga 29 Julai dan 2 Ogos.

Pada sidang khas itu, semua 220 Ahli Parlimen termasuk yang belum divaksin dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, termasuk perlu menjalani ujian saringan Covid-19 serta memakai pelitup muka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here