16,117 kes baru, 207 kematian

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 16,117 kes Covid-19 baru, dengan Pulau Pinang mencatat rekod baru.

Selangor terus merekodkan angka tertinggi iaitu sebanyak 6,616 kes diikuti Kuala Lumpur (2,457) dan Kedah (1,000).

Jumlah kes Covid-19 yang aktif, pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga mencapai tahap tertinggi baru hari ini.

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 207 kematian lagi disebabkan oleh Covid-19, jumlah sama seperti semalam.Angka kematian yang terkumpul telah mencapai 8,408 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here