Lelaki maut ditendang lembu

Hulu Selangor, Julai-
Seorang lelaki maut ditendang lembu di Ladang Batu 2, dekat Kerling, di sini semalam.

Mangsa, 53, sebelum itu ditemui tidak sedarkan diri di sungai berhampiran ladang oleh pekerja warga asing kira-kira jam 7.55 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata seorang penolong pegawai perubatan yang dimaklumkan kejadian itu menghubungi talian MERS999.

“Pengadu mengarahkan pekerja ladang melakukan CPR (resusitasi kardiopulmonari) dan ketika itu denyutan nadi masih ada.

“Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu, namun disahkan meninggal dunia,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here