SIASATAN POLIS TERHADAP KEMALANGAN KERETA YASHIKA ANAND

Pelakon dan bintang Big boss yang terkenal Yashika Anand terlibat dalam kemalangan bersama tiga orang rakannya pada tengah malam semalam. Kereta yang dipandu oleh Yashika terbabas ketika dalam perjalanan di kawasan Soolerikadu berhampiran Mamalapuram. Malangnya  rakan Yashika, Bhavani meninggal dunia  di tempat kejadian dalam kemalangan itu.

Yashika dan dua lagi rakan lelaki mengalami  cedera dan telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan rapi.  Semasa siasatan awal yang dilakukan oleh pihak polis, telah diketahui bahawa punca utama kemalangan adalah Yashika memandu kereta dengan kelajuan beragak 140-160 km/ perjam. Susulan tindakan melarang berkenaan itu, Yashika telah didakwa dengan tiga tuduhan iaitu memandu kereta dengan kelajuan yang tidak disyorkan sehingga membawa padah kepada rakannya. 

Pelakon muda yang berusia 21 tahun terkenal di kerana menghadiri persembahan Big Boss.

Sabtu malam lalu, Yashika dan 3 rakannya dalam perjalanan menuju ke Chennai dari Pondicherry dengan kereta di Jalan Pantai Timur ketika mereka mengalami kemalangan yang tidak disangka.

Sewaktu Yashika menjalani pembedahan di kaki kanannya, siasatan polis telah memaklumkan bahawa kereta jenis Harrier yang dipandu oleh Yashika hilang kawalan. Antara salah satu kecuaian adalah mereka berseronok memainkan lagu dengan kuat sambil bernyanyi dengan nada yang tinggi.

Pada masa yang sama, Bhavani yang duduk di tempat duduk depan, berdiri sambil menari mengikut rentak lagu di kereta terbuka bumbung.

Apabila kereta yang dipandu oleh Yashika bertembung dengan penghalang besi di sebelah kiri lalu terbabas. Rakan wanita Yashika tercampak keluar dari kereta menyebabkan cedera parah dan mati di tempat kejadian, kata polis.

Rakan-rakan lelaki yang duduk di tempat duduk belakang mengalami cedera ringan kerana memakai tali pinggang keledar.

Hasil siasatan awal menunjukkan bahawa Yashika juga cedera parah ketika dia memandu tanpa memakai tali pinggang keledar.

Sementara itu, sebuah rakaman video beberapa saat tertular di laman web sosial dimana Yashika memandu kereta bersama rakannya Bhavani. Namun,polis tidak dapat memastikan sama ada rakaman itu diambil pada hari kemalangan.

Dalam kes ini, polis telah mengesyorkan agar lesen memandu Yashika digantung atas tuduhan memandu kereta dengan kelajuan dan berpunca kematian. Yashika yang sedang menjalani rawatan mungkin akan ditahan setelah sembuh.

Usulan mengenai kemalangan Yashika sedang berlangsung di media sosial dari pelbagai sudut. Ramai yang mengatakan bahawa Jalan Pantai Timur, Pondichery adalah jalan yang berbahaya dan kurang akal untuk memandu dengan kelajuan sedemikian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here