AHLI PARTI PEMBANGKANG MENDESAK KELULUSAN GUNA IVERMECTIN

Kuala Lumpur, Jul 29-

Ahli-ahli parlimen parti pembangkang mendesak Kementerian Kesihatan Malaysia supaya membenarkan penggunaan Ivermectin sedangkan negara-negara luar yang lain berjaya mengawal wabak dengan mengambil ubat berkenaan.

Ahli parlimen Pakatan Harapan R Sivarasa, Mohamad Sabu(Kota Raja), Khalid Samad (Shah Alam), Johari Abdul (Sungai Petani), Sim Tze Tzin(Bayan Baru), William Leong(Selayang), P Prabakaran (Batu) bertanya berkenaan penggunaan ubat itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba  mengulas tindakan segelintir pihak yang mendesak penggunaan Ivermectin tanpa mengambil kira keputusan ujian klinikal, sebagai tidak wajar dan merisikokan keselamatan pesakit COVID-19.

Sementara parti pembangkang mendesak lagi dengan memanah soalan seterusnya untuk senaraikan  kesan-kesan sampingan yang akan dihadapi oleh pesakit Covid-19.

Tetapi menteri kesihatan tidak memberi sebarang jawapan bagi soalan yang diajukan oleh parti pembangkang. 

Dalam pada hal ini, ada juga doktor dan ahli farmasi menasihati dan membuat video yang tular berkenaan penggunaan Ivermectin dengan dos tidak tepat boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius, termasuk buta, sesak nafas, koma dan sebagainya.

“Buat masa ini, produk Ivermectin yang didaftarkan di Malaysia hanya diluluskan untuk kegunaan haiwan, tiada yang dibenarkan untuk kegunaan manusia”

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat yang mendesak Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba supaya menggunakan kuasanya untuk meluluskan penggunaan Ivermectin untuk pesakit COVID-19, sebelum kajian klinikal mengenainya selesai.

Dengan demikian ahli parlimen parti pembangkang gelisah akan kes-kes yang semakin melambung maka risiko dan kesan sampingan pengambilan ubat adakah lebih teruk daripada kematian yang tinggi semakin hari semakin akibat wabak yang dimomokan.

Ketika ini, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menjalankan kajian klinikal penggunaan ubat Ivermectin bagi merawat pesakit COVID-19 di 18 hospital kerajaan, dan keputusannya dijangka diketahui pada September depan.

Masih terlalu banyak persoalan yang belum terjawab mengenai penggunaan Ivermectin dan kebanyakan pakar penyakit berjangkit yang berpegang pada bukti klinikal, belum menyarankan penggunaannya.

Bekas Ketua Pegawai Farmasi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) itu berkata, semua pihak perlu membiarkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) membuat keputusan secara bebas tanpa campur tangan pentadbiran atau desakan politik demi kebaikan semua pihak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here