Istana Negara menafikan desas-desus Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dikatakan memperoleh perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah petang ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin memberitahu Online portal ia adalah “berita palsu”. PKR juga dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu seketika lagi.

























