TAWAU –
Sebuah helikopter yang berlepas dari Lapangan Terbang Tawau, terhempas sewaktu cuba mendarat di Helipad Kem Batalion 14 PGA Tawau, Jalan Air Panas di sini pada 7.40 malam.
Siasatan berhubung helikopter jenis Agusta Westland AW139 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dinakI enam anggota PGU Kota Kinabalu terhempas malam tadi di Kem Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, Jalan Air Panas, di Tawau. Bagaimanapun semua kru dilaporkan selamat dalam kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU) Sabah ke lokasi kejadian untuk mulakan siasatan.
Menurut Peter, pusat kawalan di tempat kejadian juga diaktifkan serta-merta bagi mengawal lokasi kejadian dan ianya dikendalikan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
Dalam pada itu, katanya, helikopter itu dipercayai cuba mendarat di kawasan helipad pada 7.30 malam namun hilang kawalan sebelum melanggar atap bangunan unit pentadbiran K9 di kem berkenaan.
Terdahulu, Bernama melaporkan Anggota terlibat menjalankan operasi rutin dan bergerak menaiki helikopter dari Lahad Datu ke Lapangan Terbang Tawau untuk singgah mengisi minyak helikopter, sebelum ke Kem PGA yang kemudian hilang kawalan lalu terhempas.