SEKOLAH TAMIL BUKIT CHERAKAH DITAMPIL DENGAN MEGAH

Kuala Selangor, Ogos 2-

Pendidikan sekolah Tamil menjadi salah satu wadah atau saluran utama bagi kaum India di Malaysia.

Baru-baru ini, suatu perkongsian telah ditulari di laman sosial  bahawa pendapat ramai ahli akademik menyatakan bahawa nama sekolah Tamil yang tertera dalam bahasa ibunda seperti Sekolah Tamil Bukit Cherakah di Kuala Selangor amat dibanggakan malah disanjung tinggi. 

Perkembangan pendidikan Tamil di Malaysia tidak dapat dipisahkan dengan perusahaan ladang-ladang di Tanah Melayu.

Sekolah Tamil Bukit Cherakah yang terletak di daerah Kuala Selangor memiliki papan tanda dalam tulisan Tamil yang megah mendukung martabat pendidikan Tamil di Malaysia yang berumur 200 tahun.

Transformasi bangunan harus sejajar dengan transformasi tulisan. Ramai ahli falsafah pendidik  mengatakan bahawa sekolah ibunda memerlukan identiti yang tersendiri serta tidak terpisah daripada naluri kebahasaan. Daripada segelintir golongan masyarakat India yang enggan  menunjukkan identiti dan ini merupakan contoh yang baik tentang cara menggambarkan identiti.

Kita tidak seharus melihat perbangunan sekolah Tamil tetapi harus berganding bahu untuk perkembangannya.

Puisi-puisi keagungan Mahakavi Bharati dan karya-karya bahasa klasik harus diukir di setiap tiang sebagai garis panduan bagi warga sekolah serta ibu bapa. Puspanathan Chandrasekaran, guru besar sekolah itu, menegaskan nama sekolah yang tertera dalam bahasa ibunda adalah langkah pertama dalam perancangan.

Pushpanathan yang ditugaskan guru besar sejak setahun lalu di sekolah berkenaan mengatakan bahawa dia telah bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk membawa lebih banyak transformasi. Dia adalah bekas Pengurus Sekolah-Sekolah  Tamil daerah Kuala Selangor

Puspanathan melafazkan manthra “Jom memperbetulkan  amalan yang normal dan amalkan yang telah dibetulkan” supaya sekolah beroperasi secara berkualiti dalam norma yang baharu.   

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here