SERAMAI 100 ORANG MEMBUAT ADUAN POLIS TERHADAP KERAJAAN GAGAL MENGAWAL PANDEMIK

Klang, Ogos 4-

Seramai 100 orang telah mengadu kepada polis di bandar Klang menuntut pengunduran segera Perdana Menteri Tan sri Muhiyidin Yassin yang gagal mengawal wabak Covid-19 yang merampas nyawa ribuan rakyat serta mencetuskan konflik politik dalam masa 17 bulan ini.

Kelmarin mereka mengadakan temujanji  secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah selatan Klang di bawah kepimpinan ADUN Sentosa Dr. Gunaraj George dan membuat aduan berasingan kepada polis.

Mereka mengadu bahawa kerajaan PN yang dipimpin oleh Muhiyidin Yassin telah gagal melindungi nyawa rakyat dan memberikan khidmat kesihatan dan perlindungan yang sewajarnya kepada orang-orang yang menderita pelbagai kesulitan ekonomi dan masalah ketika negara terkesan dengan pandemik walhal mengalami tahap yang genting.

Jangkitan meningkat dari hari ke hari menjadi lebih dari 1 juta, amat mengejutkan manakala kes kematian melonjak secara berterusan.   

Kerajaan gagal mengawal wabak Covid-19, walaupun kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di kebanyakan negeri termasuk daerah Klang, kata Gunaraj dengan penuh keluhan.  

Semua langkah yang diambil oleh Perdana Menteri telah gagal dan protes mulai meletus bahawa kerajaan yang dipimpin oleh kerajaan gagal.

Sebilangan besar rakyat negara ini hidup dalam keadaan yang amat sengsara dari segi ekonomi dan mental. Kemiskinan melanda kebanyakan rakyat sehingga mengibarkan bendera putih untuk meminta bantuan makanan.

Dia memberitahu makkal osai bahawa aduannya menyatakan bahawa kerajaan sekarang bermain politik tanpa mengambil berat tentang kebajikan rakyat negara ini.

Gunaraj mengatakan dalam aduan polis bahawa penyelesaian terbaik adalah usah menyeksa rakyat yang sudah cukup menderita akibat wabak  Covid-19 dan memberi kepimpinan kepada pemimpin yang layak lagi bertanggungjawab atas kebajikan rakyat.

Ahli pertubuhan awam dan pertubuhan bukan kerajaan serta orang awam dari daerah Klang berkumpul di hadapan Balai Polis Daerah Klang Selatan untuk membuat aduan polis terhadap kerajaan PN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here