TIPU PENYEBARAN MEMOHON SUMBANGAN MAKANAN DI KAWASAN KOTA DAMANSARA

Pihak polis daerah Petaling Jaya menafikan mesej yang tular melalui aplikasi Wahtsapp yang berkaitan kutipan sumbangan bagi penyediaan makanan harian kawasan PKPD di Gugusan Semarak, Seksyen 4 Kota Damansara semalam.

Polis Petaling Jaya menerima aduan pada 06 ogos 2021 (Jumaat) jam lebih kurang 7.41 malam satu laporan polis telah diterima mengenai satu posting  melalui aplikasi “whatsapp”.

Posting tersebut menyatakan pihak polis Kota Damansara telah meminta menyediakan makanan harian selama sepuluh hari bagi penduduk kawasan PKPD kota damansara baru-baru ini.

Mesej yang tular tersebut juga menyatakan sumbangan boleh dilakukan ke dalam satu akaun maybank (5648 0165 7304) di atas penama bekind malaysia. Pihak polis menafikan tindakan mesej ini kerana tiada sebarang bantuan diperlukan dari mana-mana pihak untuk PKPD yang dijalankan di dalam daerah IPD Petaling Jaya.

Pihak polis mengesyaki terdapat individu ataupun persatuan yang mengambil kesempatan dengan cuba membuat kutipan sumbangan untuk kepentingan peribadi.

Mana-mana individu yang telah melakukan bayaran kedalam akaun bank yang dinyatakan mohon tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan. Orang ramai juga dinasihatkan agar jangan mudah terpedaya dengan sebarang posting atau mesej yang tular melibatkan nama PDRM. Masyarakat juga dinasihatkan untuk membuat semakan dengan pihak polis terlebih dahulu sebagai pencegahan awal sebelum menjadi mangsa kes penipuan, Kata Ketua Polis Mohamad Fakhrudin bin Abdul Hamid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here