Kes Keganasan Rumah Tangga: Selangor Tempat Dahulu

Shah Alam, Sep 13

Selangor mencatatkan kes keganasan rumah tangga tertinggi, berbanding dengan negeri lain di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan, berkata bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 813 kes keganasan rumah tangga dilaporkan di Selangor.

Statistik yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia menunjukkan terdapat peningkatan kes keganasan rumah tangga di Selangor sejak 2017 sehingga 2021 kecuali penurunan sebanyak 466 kes tahun lalu.

Daerah yang mencatatkan kes tertinggi bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu adalah Gombak (147 kes), Kajang (91 kes) dan Petaling Jaya (79 kes). Daerah yang mencatatkan kes terendah adalah Shah Alam (21 kes), Sabak Bernam (25 kes) dan Sungai Buloh (26 kes),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here