Sekatan Covid-19 akan diturunkan bagi mereka yang telah diberi vaksin sepenuhnya, kata PM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan beberapa kelonggaran sekatan bagi individu lengkap vaksin sepenuhnya terhadap Covid-19. Beberapa kemudahan untuk individu yang lengkap pengambilan vaksin adalah seperti di bawah.

Untuk semua negeri (tanpa mengira fasa Pelan Pemulihan Negara):

2) Pasangan jarak jauh boleh rentas negeri/ daerah untuk bertemu.

3) Ibu bapa boleh melakukan perjalanan rentas negeri/ daerah untuk melihat anak-anak mereka yang berumur di bawah 18 .

4) Dibolehkan ke masjid, rumah ibadat dengan SOP.

Untuk negeri Fasa Dua dan seterusnya:

1) Dibenar merentas daerah.

2) Makan di restoran dibenarkan.

3) Senaman di luar dibenarkan (6 pagi ke 10 malam) dengan jarak sosial.

4) Pelancongan dalam negeri fasa dua PPN dan seterusnya dibenarkan.

Muhyiddin mengatakan peraturan baru akan berkuat kuasa pada 10 Ogos (Selasa).

Perincian langkah-langkah itu, katanya, akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Semua negeri berada dalam Fasa Dua PPN dan fasa seterusnya kecuali Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kedah, Johor, Melaka dan Putrajaya. Untuk rekod, seseorang dianggap lengkap vaksinasi dua minggu selepas dos kedua (bagi vaksin dua dos) atau 28 hari selepas vaksin dos tunggal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here