‘Walk-in’ mengikuti waktu operasi PPV

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan imunisasi secara ‘walk-in’ di Lembah Klang kini dibenarkan mengikut waktu operasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan tidak lagi bermula pada petang.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) menjelaskan, garis panduan terbaharu berhubung pemberian vaksin secara ‘datang terus’ itu berkuat kuasa serta-merta.

“Walk-in ke PPV di Lembah Klang yang disenaraikan sebelum ini, kini dibenarkan mengikut waktu operasi PPV masing-masing dan tidak lagi bermula hanya jam 2 petang,” katanya dalam satu kenyataan melalui Twitter, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here