KAMPAR: Seorang wanita warga emas kurang upaya (OKU) berusia 74 tahun ditemui maut dipercayai dikelar di sebuah rumah di Taman Desa Cahaya Gopeng dekat sini hari ini. Mayat wanita berkenaan ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil di tingkat bawah rumahnya yang dihuni bersama suaminya yang berusia 72 tahun.
Terdapat kesan kelar pada leher mangsa selain menemui sebilah pisau di tepi mayat yang dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya di sini hari ini. Beliau berkata, susulan kejadian itu, suami mangsa berusia 72 ditahan bagi membantu siasatan. Hasron berkata, mangsa yang juga OKU mengalami lumpuh separuh badan kerana menghidap strok selain mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Suspek pula menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, selain perlu berjalan menggunakan tongkat. Mangsa hanya tinggal berdua bersama suaminya dan pemeriksaan mendapati tiada kesan pecah masuk di tempat kejadian,” katanya
Hasron berkata, kali terakhir anak perempuan mangsa menemui ibunya di rumah tersebut pada jam 8 malam semalam dan tiada perkara yang mencurigakan berlaku. Katanya, cucu pasangan itu juga memberitahu, ketika dia sampai di rumah tersebut, suspek yang ditemui di pintu bilik ada mengatakan yang dia juga mahu mati.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian. Polis juga telah merampas senjata yang digunakan dalam kejadian itu dan menahan suspek untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

























