Kementerian Kesihatan melaporkan jangkitan harian Covid-19 menunjukkan peningkatan kembali dengan 19,991 kes baharu berbanding semalam 17,236, manakala 201 kematian direkodkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat kes 230,762 aktif dengan 1,096 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 570 memerlukan bantuan pernafasan. Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan kini adalah 1,299,767 manakala, kes sembuh pula sebanyak 16,258 dengan 1,057,843 jumlah kumulatif.
Sementara itu, sebanyak 201 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 11,162 kes. Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 7,338 kes. Ia diikuti Kuala Lumpur (2,374), Kedah (1,830), Sabah (1,383), Johor (1,344), Kelantan (1,030), Perak (953), Sarawak (836), Pulau Pinang (743), Melaka (578), Negeri Sembilan (564), Pahang (539), Terengganu (378), Putrajaya (76), Perlis (24) dan Labuan (1).

























