Covid-19 kes 20,670 – kematian 260

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 20,670 kes Covid-19 dan 260 kematian setakat hari ini dengan jumlah kematian mencecah angka 12,000. Jumlah kes baharu menunjukkan sedikit penurunan daripada 21, 468 jangkitan yang dicatatkan semalam.

 

Terdapat 243,942 kes aktif dengan 1,096 pesakit dirawat dalam rawatan intensif dan 540 memerlukan bantuan pernafasan. Sementara itu, sebanyak 260 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 12,228 kes.

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 6,606. Ia diikuti oleh Kuala Lumpur (2,028), Kedah (1,796), Sabah (1,752), Johor (1,425), Kelantan (1,370), Pulau Pinang (1,251), Perak (1,003), Pahang (794), Negeri Sembilan (727), Sarawak (725), Terengganu (560), Melaka (521), Perlis (61) dan Putrajaya (51). Tidak ada kes baru yang dilaporkan di Labuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here