PENGUSAHA KEDAI GUNTING RAMBUT TARIK NAFAS LEGA

Semenyih, Ogos 18-

Kebanyakkan kedai gunting rambut sekitar Semenyih mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sebelum menerima pelanggan.

Rata-rata pengusahanya mematuhi SOP baharu antaranya memastikan pelanggan yang memasuki premis menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 bagi membuktikan individu berkenaan sudah lengkap menerima vaksinasi. Antara pengusaha yang gembira berkhidmat kembali adalah Thomas, Dinesh Sreedharan  dan Karunakaran Balasubramaniam.

Ramai pelanggan setia mereka mengalami kesukaran akibat salun rambut di daerah Kajang, Semenyih  ditutup. Mereka berkata tindakan pembasmian kuman telah dibuat kerap kali supaya menjaga ciri keselamatan setelah pengoperasian semula.

Seorang pelanggan, M Tamil Selvan, 24, berkata, dia gembira apabila kedai gunting beroperasi semula untuk ia mendapatkan perkhidmatan mendandan rambut.

Kesemua pengusaha kedai gunting rambut sentiasa memastikan semua pelanggannya mematuhi SOP untuk mengelakkan penularan Covid-19.

“Sejak jam 11 pagi hingga 4 petang ini, hanya 15 orang pelanggan melepasi SOP terutama lengkap dua dos vaksin selain memastikan mereka mendaftar masuk melalui MySejahtera.

“Kebiasaannya saya menerima kira-kira 30 orang pelanggan kadang-kadang cecah 50 orang, namun disebabkan pendemik dan ada SOP baru perlu dipatuhi, kami akur dan terpaksa menolak beberapa pelanggan yang belum lengkap vaksin,” katanya ketika membuat tinjauan di premisnya pada Isnin lalu.

Katanya, dia juga mengambil langkah berjaga-jaga dengan kerap membasuh tangan selain disinfeksi pelanggan yang memasuki premisnya.

“Lega rasanya apabila premis kami dibenarkan beroperasi walaupun ada SOP ketat namun kehadiran pelanggan pada hari pertama tidak begitu ramai,” katanya.

“Saya harap pendemik ini segera berakhir dan rakyat dapat meneruskan aktiviti harian seperti sebelumnya,” katanya.

Kerajaan pada Ahad mengumumkan kebenaran 11 aktiviti ekonomi beroperasi bermula Isnin termasuk kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan bagi perkhidmatan gunting rambut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here