COVID-19: Kakitangan Motorola bekerja dari rumah

PULAU PINANG: Seorang kakitangan syarikat Motorola disahkan positif Covid-19 yang mencatat satu kes di Pulau Pinang.

NST melaporkan kakitangan terbabit mengalami gejala selsema selepas seminggu pulang dari Kuala Lumpur.

Pengarah Komunikasi Motorola Solutions (Asia Pasifik dan Pasaran Komersial Antarabangsa) Damien Batey mengesahkan perkara itu dengan menyatakan pihaknya sudah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengikut mengikuti garis panduan bagi mengurangkan risiko penyebaran.

Kakitangan di cawangan Pulau Pinang diminta bekerja dari rumah untuk tempoh dua minggu dan tindakan akan diambil sebelum mereka bekerja semula selepas tempoh itu. Kemudahan di syarikat sudah dibersihkan.

Semua kakitangan terus bekerja dari rumah dan ia tidak akan menjejaskan proses pengeluaran oleh syarikat itu.

Sementara itu, Penasihat Khas Pelaburan kepada kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Lee Kah Choon berkata, pihaknya sentiasa berhubung dengan dengan industri terbabit untuk mengelak berlaku keadaan panik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here