Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat nafi keluar infografik jumlah sokongan Ahli Parlimen

Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat menafikan telah mengeluarkan dua infografik yang tular di media sosial berkaitan jumlah sokongan Ahli Parlimen bagi memilih calon perdana menteri kesembilan. Penafian berkenaan dimuat naik menerusi Facebook rasmi Parlimen Malaysia, malam tadi.

Semalam, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menerusi notis bertarikh 17 Ogos, meminta 220 Ahli Dewan Rakyat menyerahkan satu surat akuan bersumpah (SD) bagi menamakan seorang calon perdana menteri kepada Istana Negara.

Notis itu bagi membolehkan seorang daripada mereka yang mempunyai kepercayaan majoriti dilantik sebagai perdana menteri, susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin Isnin lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here