COVID-19: 23,465 ANGKA TERTINGGI DI MALAYSIA

Petaling Jaya, Ogos 20-

Kementerian Kesihatan melaporkan rekod tertinggi kes baharu Covid-19 dengan 23,564 kes dikesan dalam tempoh 24 jam lalu

Rekod sebelumnya adalah 22,948 kes yang dicatat semalam.

Dalam catatan di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah jangkitan kini adalah 1,513,024.

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 6,974.

Ia diikuti dengan Sabah (2,738), Sarawak (2,548), Kedah (1,932), Kuala Lumpur (1,652), Pulau Pinang (1,523), Johor (1,323), Kelantan (1,281), Perak (1,248), Melaka (610), Negeri Sembilan (608), Terengganu (521), Pahang (517), Perlis (64), Putrajaya (24) dan Labuan (1).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here