FAMA edar beras putih tempatan

FAMA edar beras putih tempatan

Kuala Terengganu,Mac.
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri mengedarkan kira-kira 2.4 tan metrik Beras Putih Tempatan (BPT) bagi membantu kebergantungan pengguna kepada beras import.

Pengarah FAMA negeri, Muhamad Fadlee Hassan, berkata BPT yang diterima daripada ibu pejabat diedarkan ke Agrobazaar Rakyat (ABR) dan Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR) di seluruh negeri untuk dipasarkan.

“Kali terakhir kita menerima bekalan BPT sebanyak 300 kampit yang setiap satunya mengandungi 10 kilogram (kg) Jumaat lalu.

“Bermula Januari lalu, kita sudah mengedarkan sebanyak 2,400 kampit BPT yang setiap kampit mengandungi 10 kg ke seluruh ABR dan AKR di seluruh negeri,” katanya ketika dihubungi hari ini.Muhamad Fadlee berkata, FAMA negeri menerima bekalan BPT berjumlah keseluruhan sebanyak 2.4 tan metrik yang dihantar pihak ibu pejabat sebanyak lapan kali.

Katanya, bekalan BPT diterima terus dibekalkan kepada ABR dan AKR di seluruh negeri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here