KATHU VAKKULE RENDU KATHAL -FILEM ROMANTIK KOLLYWOOD

Kaathu Vaakula Rendu Kaadhal adalah filem Kollywood India yang diarahkan oleh Vignesh Shivan dan diterbitkan bersama  Vignesh Shivan, Nayanthara dan Lalit Kumar di bawah Rowdy Pictures dan Seven Screen Studios.

Filem ini diwatak oleh pelakon handal kollywood Vijay Sethupathi, Nayanthara dan Samantha Akkineni dalam watak utama, dengan Anirudh Ravichander menggubah muzik dan Vijay Kartik Kannan dan A. Sreekar Prasad masing-masing menjadi cinematografer dan editor.

Selepas kejayaan filem  Naanum Rowdy Thaan, Vignesh Shivan telah merancang sebuah filem romantik segitiga yang dibintangi oleh Vijay Sethupathi memainkan watak utama dalam filemnya yang berjudul Kaathuvaakula Rendu Kaadhal.

 

Peminat-peminat ketiga-tiga bintang popular membanjiri set penggambaran yang sedang berlangsung di Pondhichery. Sebuah adegan dari filem ditular viral dalam media sosial di Pondhichery.

Anirudh Ravichander dilaporkan menggubah muzik yang menandakan projek kedua bersama Vijay dan Vignesh setelah filem Naanum Rowdy Dhaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here