Culik adik perempuan 12 tahun kerana gaduh dengan abang

Klang,Nov-
Empat sekawan termasuk dua wanita dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, bulan lalu.

Majistret Siti Zubaidah Mahat memerintahkan tertuduh Alyaa Zahwa Salim, 18; Putri Nurul Suhaila Abdullah,18; Muhammad Asran Ghazalie, 23 dan Muhammad Adha Abdullah, 20 menjalani hukuman penjara dari tarikh ditangkap.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama-sama telah menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dari penjaga sah.

Perbuatan itu dilakukan mereka di Lorong Batu Nilam 1B, Bandar Bukit Tinggi, Klang sekitar jam 3 petang pada 8 Oktober lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here