DOKTOR YANG BERCELOTEH MEMIKAT RATUSAN RIBU PENGIKUT

Baru-baru ini kita terserempak video dan perkongsian seorang doktor yang viral di sosial media. Memang betul, CELOTEHNYA Dr. Malar mengenai isu terkini perubatan dan kesihatan awam menjadi tumpuan ramai di laman sosial.

Dr Malar Santhi Santherasegaran, 38, menggunakan bahasa yang mudah difahami dalam menjelaskan sesuatu isu perubatan menjadi tarikan utama di kalangan semua lapisan masyarakat. 

Tidak hairan jika hampir setiap malam, ‘bebelan’ doktor wanita yang kian menjadi sebutan itu sememangnya ditunggu ratusan ribu pengikut setia di platform media sosialnya, Celoteh Dr Malar.

Baru-baru ini halamannya mencapai seratus lima puluh ribu pengikut yang sentiasa setia mengikuti video yang dikongsi oleh Dr. Malar.

Beliau berkhidmat sebagai doktor di Jabatan Kecemasan, Columbia Asia, Cheras. Anak kandung-ketiga daripada 4 adik beradik yang kesemuanya perempuan berasal dari Kuantan. Ibu kepada dua kini di Selangor.

Meskipun berbangsa India dan fasih berbahasa Inggeris, namun Dr Malar memilih untuk menjelaskan sesuatu isu perubatan dalam bahasa kebangsaan yang boleh difahami semua lapisan masyarakat.

Antara isu yang menjadi pilihan beliau untuk diperbetulkan termasuk Covid-19, kesihatan mental, pengambilan ubat, kelahiran selamat, masalah tibi dan paru-paru, kepentingan CPR, ubat Ivermectin, barah payudara serta isu perubatan terkini yang sedang viral.

Katanya, kesibukan tugas sebagai doktor perubatan di Jabatan Kecemasan, Columbia Asia Hospital, Cheras menyebabkan masanya untuk tampil di platform agak terhad.

Namun, dengan bantuan Norzat dan Wan Nurrul Sarah selaku pentadbir, halaman Celoteh Dr Malar sentiasa dikemas kini dengan info terbaharu demi memastikan masyarakat mendapat maklumat perubatan yang betul di akaun facebook @CelotehDrMalar .

“Biasanya saya akan membuat siaran langsung pada sebelah malam iaitu jam 10 malam selepas dua anak sudah tidur.

“Jika perlu bekerja ‘oncall’ pula, saya akan rekod video pendek terlebih dahulu sebelum admin memuat naik kemudian.

“Saya suka memberi info kesihatan dalam bahasa yang simple dan santai. Saya sangat mementingkan kesihatan mental dan positivity”, kata Dr. Malar dengan bahasa cukup berprihatin.

Beliau juga seorang yang sangat mementingkan pembangunan wanita dan kemanusiaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here