Sewa kereta angkut pisang!

Seorang individu yang bertanggungjawab dan amanah sudah tentu akan menjaga harta benda orang lain dengan baik. Lebih-lebih lagi, kereta sewa yang sudah pasti akan menanggung kos yang banyak jika rosak atau kotor.

Seperti kisah yang dikongsi lelaki ini di laman Kereta Sewa Kuching, penyewa kereta menggunakan kereta sewaannya untuk mengangkut pisang sehingga meninggalkan kesan getah.

Hati hati dengan penyewa brengsek mcm tok. Sewa 1 hari. Bayar. Sambung 1 hari bayar next day. Sambung 2 hari tak bayar. Belum sampai 2 hari habis, pergi rampas kereta. Masa rampasan nangga keadaan kereta mcm lori trineken. Kereta digunakan utk angkut pisang. Getah pisang melekat di seat kereta.

Difahamkan, perbuatan tidak bertanggungjawab penyewa kantoi selepas pemilik bertindak merampas kereta. Apabila diperiksa, terdapat kesan getah melekat di tempat duduk belakang dan bonet.

Beri masa 3 hari untuk bayar sewa 1 hari setengah (ikut masa rampasan) + gantirugi cuci kereta + repair bonet belakang susah nak di tutup mungkin sebab nya bawa pisang overload di bonet ya. Masa hari sepatutnya bayar, mdh sik dpt bayar penuh. Bayar separuh dolok. Another separuh bayar 2 hari gik. Masa di beri dh berlalu tapi bayaran belum di terima. Wasap petang, dinihari baru reply mdh duit utk makan pun sikda. Belum habis sampai sitok jak. Ktk jual bos. Kepada penyewa2 lain, elakkan org tok mun sik mok kereta ktk org jadi mcm lori trineken juak.

Malah, bonet juga sukar ditutup dengan rapat mungkin kerana penyewa membawa muatan berlebihan sebelum ini. Pemilik kereta turut mendakwa menerima hanya separuh bayaran ganti rugi dan sewa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here