PENYAMAR MENGGUNAKAN NAMA SAYA UNTUK MENIPU KELUARGA TAHANAN -AYOB

Bukit Aman Special Counter-Terrorism Division principal assistant director department Datuk Ayob Khan Mydin Pitchey speaks during a press conference at Bukit Aman in Kuala Lumpur October 13, 2019. Picture by Yusof Mat Isa

Johor Bahru, Ogos 28-

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay mendakwa ada pemanggil yang menyamar sebagai beliau menghubungi keluarga suspek yang ditangkap dan mengaku dapat membantu dalam pembebasan tahanan dengan balasan wang.

Menghuraikan kenyataannya sebelum ini, Ayob memberitahu bahawa panggilan-panggilan ini dibuat sejak dua bulan lalu dan terbongkar apabila salah seorang mangsa membuat laporan polis di Kuala Lumpur.

“Penyamar ini meminta wang supaya suspek dapat dibebaskan,” katanya, namun enggan mendedahkan jumlahnya.

Beliau berkata, polis sedang mengesan pemanggil-pemanggil ini, sambil menambah, beliau tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan “burner phone”.

Ditanya sama ada ia terkait dengan tauke atau sindiket dadah yang cuba mencemarkan namanya untuk membalas dendam atas kejayaannya menumpaskan mereka, Ayob berkata, ini adalah antara aspek siasatan.

“Masih terlalu awal untuk berkata sama ada panggilan-panggilan ini dibuat untuk menipu wang seseorang atau mencemarkan nama baik saya untuk balas dendam.

“Saya gesa orang ramai yang mungkin menjadi mangsa penipuan ini agar tampil membantu siasatan,” katanya.

Ayob berkata, beliau percaya penipu-penipu ini mengambil kesempatan atas kelemahan emosi keluarga tahanan untuk memperoleh keuntungan segera, sambil menambah, tidak wujud langkah membayar wang untuk mengelak didakwa.

“Perkara pertama yang harus dilakukan setelah menerima panggilan seperti itu adalah membuat laporan polis,” katanya.

Khamis lalu, Ayob berkata, polis telah mengenal pasti dua nombor telefon bimbit yang dikaitkan dengan individu yang menyamar sebagai ketua polis negeri dengan niat melakukan penipuan.

Beliau memberi amaran kepada orang ramai agar berhati-hati dengan nombor telefon 016-4818565 dan 010-8368223.

“Kami ingin ingatkan orang ramai agar tidak mudah tertipu dengan panggilan telefon daripada individu yang mengaku sebagai Ketua Polis Johor,” katanya.

Polis Johor berkata, mereka yang dihubungi penyamar-penyamar ini patut melaporkannya di balai polis terdekat atau menghubungi pusat kawalan Johor di talian 07-2254047 atau pegawai khas kepada ketua polis di talian 013-9058124.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here