PERWAKILAN INDIA DALAM KABINET BAHARU. MENGAPA PIHAK INDIA BERDIAM DIRI?

Bidor Sept. 1-

Merangkap Kawasan Sungkai ahli parti politik DAP negeri Perak, Sivanesan Achalingam mempersoalkan perwakilan pemimpin warga India dalam kabinet baharu yang diumumkan Jumaat lalu.

NGO dan pemimpin masyarakat menyuarakan suara mereka bahawa senarai kabinet baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yacoob pada hari Jumaat lalu adalah besar kekecewaan kepada kaum India.

Pengumuman Perdana Menteri yang ke-9 negara itu telah cukup menimbulkan kekecewaan dan ketidakpuas hatian ramai rakyat Malaysia. Rakyat menanti-nantikan pemimpin baru yang dapat menangani cabaran memerangi Covid-19 yang sedang dihadapi negara ini dan mencari penyelesaian baru untuk kemerosotan ekonomi.

Tetapi benar apa yang dikatakan bahawa kabinet ini serupa dengan kabinet yang dibentuk di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tansri Muhyidin Yassin. Hanya perubahan tipis sahaja dibuat.

Walaupun 4 menteri kanan, 27 menteri dan 38 timbalan menteri telah dilantik dalam kabinet yang diketuai oleh Ismail Sabri, bagi MIC hanya satu jawatan menteri penuh sahaja diberikan.  

“NGO dan pemimpin masyarakat menyuarakan suara mereka di surat khabar dan media bahawa kabinet baharu itu sangat mengecewakan, para pemimpin parti India masih tidak memahami sebab mereka terus berdiam diri”, kata Sivanesan.

Pada suatu masa dahulu terdapat lebih daripada 10 menteri dan timbalan menteri yang mewakili parti MCA. Tetapi orang Cina langsung tidak peduli langsung akan sikap kerajaan Ismail yang mengendahkan mereka. Rata-rata kenyataan berkata masyarakat Cina tidak bergantung pada parti MCA.

Umno ditubuhkan pada tahun 1946 dan MIC pada tahun 1947 dan MCA pada tahun 1949. Walaupun 62 peratus kaum India dan kaum Cina berakar umbi di kawasan Teluk Intan, kerajaan memberi pilihan kepada wakil  Umno di kawasan berkenaan.  Manakala Tanjong Malim yang lama ditandingi oleh parti MCA juga ada khabar angin bahawa akan diwakili oleh seorang wakil Umno pada pilihanraya yang ke-15 nanti.

Wakil MIC dan MCA yang kini dilantik sebagai menteri di kabinet baharu akan memberikan khidmat mereka kepada seluruh rakyat negara  tanpa mengira bangsa. Mereka berjanji kedudukan yang disandang bukan hanya untuk menyelesaikan masalah  kaum India atau kaum Cina.

Selain daripada itu, warga bukan Islam yang mewakili sebanyak 36 peratus di negara ini harus melantik seorang Kaum India untuk menguruskan isu-isu keagamaan dan masalah yang dihadapi dalam kalangan masyarakat.

Sivanesan turut menegaskan suatu biro ekonomi dan keagamaan harus digubal di bawah Rancangan ekonomi baru untuk pembangunan kaum India sepertimana yang telah digubal untuk kaum Melayu sejak tahun 1969 tetapi  masih belum habis diselesaikan. Parti yang mewakili kaum India yang berkuasa mutlak harus menyuarakan hak untuk meningkatkan pembangunan ekonomi kaum India dan mengurus hal-hal keagamaan.

Sivanesan meluahkan ketidakpuas hatian bahawa tiada seorang pun dari parti MIC dilantik sebagai Timbalan Menteri sedangkan hanya Dato Seri M. Saravanan yang memenangi kawasan parlimen Tapah yang mewakili MIC pada pilihan raya umum 2018 yang lalu, diberi jawatan menteri penuh.

Dato Sri Dr Edmund Santhara yang keluar dari parti PKR dan masuk parti Bersatu satu-satunya pemimpin India yang dilantik sebagai timbalan menteri dalam kabinet baharu ini.

Adakah Parti bukan Melayu akan mendapat lebih banyak kerusi pada PRU-15 nanti? Suatu persoalan yang agak runcing….

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here